Seorang daripada mangsa melahirkan anak perempuan dalam rumah bandar sederhana milik Ariel Castro, sebelum melepaskan diri Isnin lalu apabila ibu muda itu, Amanda Berry, berjaya meminta bantuan jiran.
Castro dituduh merogol Berry, 27; Gina DeJeses, 23, dan Michelle Knighy, 32, kata pendakwa raya, Victor Perez.
Berdepan empat tuduhan
Dia juga berdepan empat tuduhan menculik dikaitkan dengan DeJesus, Knight, Berry dan anak perempuan Berry berusia enam tahun, Jocelyn.
Wanita terbabit dipercayai hanya dibenarkan meninggalkan rumah seketika sebanyak dua kali, kedua-duanya untuk masuk ke dalam garaj, kata timbalan ketua polis, Ed Tomba pada sidang media.
Mereka ada di rumah itu. Mereka tidak percaya akhirnya dapat keluar selepas 10 tahun berlalu. Mereka tidak ditempatkan dalam satu bilik namun mengenali antara satu sama lain, katanya.
Beliau enggan mengulas laporan bahawa wanita terbabit hamil beberapa kali namun mengalami keguguran.
Dua lagi adik beradik Castro, Pedro, 54, dan Onil, 50, juga ditahan Isnin lalu kerana bersama Ariel ketika dia ditahan, namun tidak akan didakwa berhubung penculikan itu.
Kami tidak menemui petunjuk bahawa mereka terbabit atau tahu mengenai perkara itu. Kami tiada bukti mereka turut sama, kata Tomba.
Awalnya, ketua polis bandar Michael McGrath berkata wanita terbabit diikat dan ada rantai dan tali di ruang tamu.
Berry tiba kelmarin di rumah kakaknya dalam sebuah SUV diiringi motosikal polis dan ejen FBI. Tempat letak kereta dipenuhi belon dan mesej sokongan.
Buat ucapan ringkas
Orang ramai bertepuk tangan apabila kakaknya Beth Serrano keluar membuat ucapan ringkas mengucapkan terima kasih kepada penduduk dan meminta hak mereka untuk tidak diganggu, dihormati.
Tidak lama selepas itu, DeJesus diiringi ke rumah keluarganya oleh saudara mara, memakai baju sejuk dengan penutup kepala kuning namun sempat memberi lambaian lemah kepada orang ramai yang memanggilnya. Cleveland: Pendakwa raya Amerika Syarikat menuduh seorang pemandu bas berusia 52 tahun menculik dan merogol tiga wanita yang dikurung di rumahnya selama 10 tahun.
No comments:
Post a Comment